IZZ

Kopi & Pulut Panggang, TELADAN SEPANJANG JALAN, SANTAI MALAM MINGGU, CARTA 20 KFM

Muhammad Fa'izzat adalah nama yang diberikan tetapi saya lebih dikenali dengan nama Ejat atau Izz. Lahir pada 5hb Mei 1993 dan berasal dari daerah Belait. Bermain bola sepak adalah hobi saya sejak kecil. Saya pernah menjadi salah seorang wakil pemain bola Brunei di ASEAN school tetapi malangnya, disebabkan kejadian yang tidak terduga, lutut kaki kiri saya tercedera dan membuatkan saya tidak dapat bermain bola seperti dulu lagi.

Saya seorang yang aktif sejak zaman sekolah lagi dan selalu mengikuti apa sahaja aktiviti yang dianjurkan seperti berlakon, bernyanyi dan menari. Menjadi seorang berperibadi 'sanguine' membuatkan saya suka situasi yang senyap dan saya selalu ingin meramaikan suasana. Dari sana lah timbul minat saya menjadi seorang DJ.

Saya mula berkhidmat di KRISTALfm pada bulan Disember 2015. Menjadi seorang DJ memang menyeronokkan tapa ada kalanya mencabar. Walaupun kita seperti bercakap seorang diri dan hanya ditemani dengan mic, tetapi sebenarnya orang yang mendengarkan di luar sana memang ramai. Bagi saya, apa yang penting ialah para pendengar terhibur dan berpuas hati dengan cara penyampaian saya.

"Be true to your work, your words and your friends"