Feerah

Kopi & Pulut Panggang

Saya gemar menyanyi di waktu lapang. Musik adalah ekspresi saya. Tetapi perasaan gementar merupakan halangan yang amat besar dalam hidup saya. Sehingga suatu hari saya ternampak peluang yang sangat berharga dan saya ambil peluang tersebut untuk melawan dan mencabar rasa gementar saya itu. Peluang yang saya maksudkan itu ialah "Pencarian DJ Baru" untuk KRISTALfm.

Menjadi seorang DJ adalah di luar jangkaan saya. Bekerja sebagai seorang DJ merupakan tugasan yang sangat mencabar, tidak mudah dan sesuatu yang baru untuk saya. Namun hari demi hari saya akan terus berusaha untuk mempelajari, memperbaiki dan meningkatkan lagi prestasi saya dalam bidang ini. Kritikan yang diberikan saya anggap sebagai sumber kekuatan saya. Menghibur dan memuaskan pendengar setia KRISTALfm adalah keutamaan saya.

"Always have the hunger to be better".